Cabaran dan faktor kejayaan usahawan wanita Bumiputera perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Negeri Melaka / Norbaiti Tukiman and Ghazali Semil @ Ismail

Tukiman, Norbaiti and Semil @ Ismail, Ghazali (2010) Cabaran dan faktor kejayaan usahawan wanita Bumiputera perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Negeri Melaka / Norbaiti Tukiman and Ghazali Semil @ Ismail. UNSPECIFIED. Institute of Research, Development and Commercialization, Universiti Teknologi MARA. (Submitted)

[img] Text
LP_NORBAITI TUKIMAN 10_24.PDF

Download (1963Kb)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah, cabaran dalaman dan cabaran luaran yang dihadapi dalam pemiagaan serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) di negeri Melaka. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti dan mengukur hubungan prestasi perniagaan dengan faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti. Borang soal selidik dan temubual telah digunakan sebagai instrumen kajian dalam pengumpulan data dan diedarkan kepada 110 orang usahawan wanita bumiputera PKS di tiga buah daerah di negeri Melaka iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. PKS juga dibahagikan kepada lima sektor iaitu sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan, pemiagaan am dan pertemakan atau pertanian. Metodologi kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) 16.0 dan dibentangkan dalam bentuk deskriptif seperti carta pai, carta bar dan skor min. Untuk mengenalpasti hubungan antara prestasi perniagaan dan faktor-faktor kejayaan, ujian korelasi dilakukan. Penemuan kajian menunjukkan masalah utama usahawan wanita bumiputera PKS adalah persaingan kemudian diikuti oleh kekurangan sumber modal dan masalah penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan perniagaan. Cabaran dalaman usahawan wanita PKS yang utama adalah keyakinan diri manakala cabaran luaran yang utama adalah cabaran daripada keluarga terdekat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita PKS yang tertinggi pula minat yang tinggi. Kajian juga mendapati hubungan prestasi pemiagaan usahawan wanita bumiputera PKS dengan faktorfaktor kejayaan adalah lemah dan ini seterusnya menunjukkan prestasi perniagaan tidak dipengaruhi atau bersandar sepenuhnya oleh faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti.

Item Type: Monograph (UNSPECIFIED)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry > Small and medium-sized businesses, artisans, handicrafts, trades
Divisions: Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 10 Apr 2013 00:16
Last Modified: 10 Apr 2013 00:16
URI: http://eprints.uitm.edu.my/id/eprint/6920

Actions (login required)

View Item View Item