Kesan Pembelajaran Urutan Tertib dan Urutan Kendiri Dalam Pembelajaran Biologi Berasaskan Web Terhadap Prestasi Pelajar Tingkatan Empat yang Berbeza Pencapaian dan Gaya Kognitif / Mohd Khairezan Rahmat

Rahmat, Mohd Khairezan (2005) Kesan Pembelajaran Urutan Tertib dan Urutan Kendiri Dalam Pembelajaran Biologi Berasaskan Web Terhadap Prestasi Pelajar Tingkatan Empat yang Berbeza Pencapaian dan Gaya Kognitif / Mohd Khairezan Rahmat. UNSPECIFIED thesis, UNSPECIFIED.

[img]
Preview
Text
MOHD_KHAIREZAN_RAHMAT_05_24.pdf

Download (1505Kb) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat kesan gaya pembelajaran yang berbeza menerusi urutan tertib dan urutan kendiri dalam pembelajaran berasaskan web terhadap prestasi pelajar yang berbeza tahap pencapaian dan gaya kognitif. Satu bahan pembelajaran berasaskan web bertajuk 'Darah Manusia, Fungsi dan Peredarannya' dalam mata pelajaran Biologi tingkatan lima telah dibangunkan sebagai bahan dan instrumen kajian. Kajian yang dijalankan ini telah menggunakan reka berbentuk eksperimental dua kumpulan bebas berdasarkan reka bentuk faktorial 2 x 2 x 2 terhadap pelajar yang berbeza gaya pembelajaran menerusi urutan tertib dan urutan kendiri dalam pembelajaran berasaskan web terhadap prestasi pelajar yang berbeza tahap pencapaian dan gaya kognitif. Pembolehubah bebas ialah gaya pembelajaran urutan tertib dan gaya pembelajaran urutan kendiri yang digunakan oleh pelajar di dalam pembelajaran berasaskan web. Pembolehubah bersandar pula ialah prestasi pelajar dalam mata pelajaran biologi bagi topik 'Darah Manusia, Fungsi dan Peredarannya', manakala pembolehubah moderator ialah gaya kognitif pelajar iaitu field dependent (FD) dan field independent (FI) serta pencapaian pelajar iaitu pencapaian tinggi dan pencapaian rendah. Sampel kajian ini terdiri daripada 160 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih dari empat buah sekolah di daerah Gombak, Selangor. Ujian Kemahiran Pemerhatian Bentuk-bentuk Tersembunyi (GEFT), telah digunakan untuk menentukan gaya kognitif pelajar samada mereka tergolong dalam kumpulan field dependent (FD) atau field independent (FI). Ujian Penentuan Tahap Pencapaian Pelajar telah digunakan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar sarna ada mereka terdiri dari kumpulan pelajar berpencapaian tinggi atau berpencapaian rendah. Data-data yang diperolehi telah dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferans menerusi Ujian-T Dua-Sampel (Two-Sample T- Test), Ujian Chi-Square (Chi-Square Test) dan Ujian ANOVA Satu Hala (One-way ANOVA). Pada keseluruhannya, pemilihangaya pembelajaran berasaskan web menerusi urutan tertib dan urutan kendiri tidak memberikan kesan terhadap prestasi pelajar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa gaya pembelajaran urutan tertib dan urutan kendiri tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap prestasi pelajar yang berbeza tahap pencapaian (tinggi dan rendah) dan gaya kognitif mereka yang berbeza (field dependent (FD) dan field indepndent (FI)). Ini menunjukkan bahawa bahan pembelajaran berasaskan web yang berlandaskan kepada teori dan rekabentuk pembangunan yang sistematik ini telah memberikan kesan yang positif keatas pelajar tanpa mengira perbezaan gaya pembelajaran, tahap pencapaian dan gaya kognitif pelajar.

Item Type: Thesis (UNSPECIFIED)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Unit Pendigitan PTAR
Date Deposited: 17 Jan 2012 06:15
Last Modified: 10 Aug 2012 03:16
URI: http://eprints.uitm.edu.my/id/eprint/4599

Actions (login required)

View Item View Item