Analisis pilihanraya umum Malaysia 1986 - 1999 : Kajian khusus di kawasan kerusi dewan undangan negeri / Tengku Muhaini Tuan Mat

Tuan Mat, Tengku Muhaini (2000) Analisis pilihanraya umum Malaysia 1986 - 1999 : Kajian khusus di kawasan kerusi dewan undangan negeri / Tengku Muhaini Tuan Mat. Masters thesis, Universiti Teknologi Mara.

[img]
Preview
Text
TENGKU_MUHAINI_TUAN_MAT_00_24.pdf

Download (603Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana prestasi parti-parti utama di Malaysia seperti BN, PAS, DAP, S 46 serta KeADILan dalam tempuh pilihanraya 1986 hingga 1999 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Gelagat sokongan pengundi pelbagai kaum daripada parti-parti yang menyertai pilihanraya tersebut, setelah dianalisis ingin diketahui apakah isyarat yang hendak disampaikan kepada pemerintah menerusi kertas undi . Banyak elemen-elemen periling seperti isu kronisma, nepotisma, rasuah, fitnah dan sepak terajang politik cuba dianalisis untuk mengetahui sebab-sebab sebenar kemenangan alau kekalahan dialami oleh parti-parti yang bertanding. Analisis juga dibuat untuk mengetahui sejauhmana persepsi umum mengenai kesan peralihan pengundian besar yang berlaku di dalam pilihanraya oleh samada pengundi Melayu atau bukan Melayu. Tidak kurang pentingnya juga kajian dibuat untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi undi popular yang diperolehi oleh parti pemerintah atau pembangkang. Aspek ini penting kerana setiap apa yang berlaku jelas nampak kesannya atau tindak balas daripada pengundi menerusi peti-peti undi. Keseluruhan analisis yang dibuat menunjukkan bahawa politik Malaysia atau Pilihanraya Umum Malaysia sedang mengalami proses pemantapan di mana rakyat sudah mula memberi isyarat bahawa penerimaan rakyat kepada satu parti yang mempunyai keahlian pelbagai kaum mula meningkat. Selaras dengan kemajuan negara menerusi teknologi maklumat, rakyat yang dahagakan kebenaran dan keadilan mula mencari alternatif yang terbaik demi masa depan mereka yang gemilang. Analisis ini sedikit sebanyak dapat melihat "cahaya di hujung terowong" itu.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
Divisions: Faculty of Applied Sciences
Depositing User: Unit Pendigitan PTAR
Date Deposited: 11 Jan 2012 03:22
Last Modified: 08 Aug 2012 03:56
URI: http://eprints.uitm.edu.my/id/eprint/4484

Actions (login required)

View Item View Item