Peranan wanita dalam politik dan pembangunan di Malaysia : Satu tinjauan / Zaherawati Zakaria

Zakaria, Zaherawati (2008) Peranan wanita dalam politik dan pembangunan di Malaysia : Satu tinjauan / Zaherawati Zakaria. In: UNSPECIFIED.

[img]
Preview
Text
SP_PWD0831.pdf

Download (283Kb) | Preview

Abstract

Sumbangan wanita dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial dan politik di kebanyakan negara-negara di dunia begitu dominan sekali. Wanita hari ini bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran, pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya. Peranan wanita di Malaysia pada masa kini boleh dibanggakan berbanding lebih lima puluh tahun dahulu. Peranan mendidik dan memandu generasi memerlukan kerjasama semua pihak dan perlu diperhebat untuk menjadikan wanita kepada penyumbang pembangunan negara yang lebih adil dan saksama. Menerusi cetusan Wawasan 2020, ternyata hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju adalah diharapkan oleh semua pihak. Pelbagai perubahan telah, sedang dan akan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh yang demikian, penglibatan wanita adalah pelengkap untuk menguruskan pembangunan dan penglibatan dalam politik negara akan memberi satu paradigma baru dalam kedudukan mereka dalam kerajaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Depositing User: Unit Pendigitan PTAR
Date Deposited: 19 Jul 2011 04:13
Last Modified: 13 Aug 2012 02:12
URI: http://eprints.uitm.edu.my/id/eprint/3008

Actions (login required)

View Item View Item