Analisis sejarah keputusan pilihan raya di Malaysia / Azman Zakaria

Zakaria, Azman (2008) Analisis sejarah keputusan pilihan raya di Malaysia / Azman Zakaria. In: UNSPECIFIED.

[img]
Preview
Text
SP_ASK0804.pdf

Download (267Kb) | Preview

Abstract

Kertas pembentangan ini akan mengutarakan analisis sejarah keputusan pilihan raya Malaysia dari tahun 1959 hingga 2008. Namun, akan berfokus kepada Pilihan Raya Umum (PRU) yang penting dalam sejarah negara iaitu keputusan pilihan raya pada tahun 1959,1969, 1974, 1995,1999, 2004 dan semestinya PRUke-12, Mac 2008. Setiap PRU itu akan dianalisis asas pembahagian kerusi serta rasionalnya. Analisis tragedi 13 Mei 1969 juga akan dilihat secara objektif rentetan keputusan PRU 1969. Analisis kemudianya akan membicarakan kehebatan hasil bilamana dua parti Melayu (UMNO dan Pas) bergabung selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sehingga keputusan pilihan rayapada 1974, kerajaan telah menguasai 80% dari kerusi yang dipertandingkan. Begitu juga, pada PRU 1995, kedudukan kerajaan amat teguh dan selesa mengurus negara. Namun, krisis kepimpinan di peringkat nasional pada PRU ke-10, telah menyebabkan penurunan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Sejarah terlakar buat kerajaan memerintah apabilapada PRUKe-11, telah menyaksikan kemenanganpaling cemerlang. Sebanyak 91% kerusi Parlimen telah dimenangi oleh Barisan Nasional. Jika PRU Ke-11, kemenangan terbilang buat Barisan Nasional, umum mengetahui, PRU Ke-12 adalah rekod terburuk kerajaan Barisan Nasional. Justeru, analisis akan menjurus kepada pecahan kerusi Melayu, Cina dan India dalam parlimen serta apakah hala tuju Barisan Nasional selepas ini

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Depositing User: Unit Pendigitan PTAR
Date Deposited: 18 Jul 2011 06:15
Last Modified: 13 Aug 2012 02:12
URI: http://eprints.uitm.edu.my/id/eprint/2949

Actions (login required)

View Item View Item